KES SAMUN WANITA MENAIK KERETA

By Permata Malap - 10:00 am

Kebiasaannya, setiap pagi mesti buka blog dulu sebelum memulakan kerja pejabat. Tapi hari ni, terbuka hati nak buka Facebook pula. Skrol punya skrol, terpandang gambar di bawah. Kes kena samun ketika berhenti di lampu isyarat sambil memegang telefon. Dahlah kena pecah tingkap, kena hiris lagi oleh penyamun. Berikut sedikit info berkenaan gambar yang diperolehi.

"Wanita ini telah disamun ketika sedang menggunakan handphone semasa berhenti di lampu isyarat. Cerminnya dipecahkan dan tangan dihiris oleh penyamun. Penyamun tersebut meminta handphone dan hand bag."

samun, kelar, hiris, samun dan kelar,memandu kena samun


Ya Allah, takut juga bila baca info dan tengok gambar ni. Makin menjadi-jadi kes samun sekarang kan. Kesian pada mangsa. Dahlah cedera emosi, cedera fizikal lagi. Ada juga yang membawa kepada kematian. Itu memang penyamun level pembunuh dah tu. Patut kena hukuman qisas, nyawa dibalas nyawa.

Kadang tu terfikir juga, para penyamun ni tak takut kena tangkap ke? Tak takut dengan hukuman penjara ke? Atau bagi mereka, kalau ditangkap pun, masuk penjara, nanti beberapa tahun boleh keluar penjara dah? Atau ada yang dah pernah masuk keluar penjara, jadi tak kisahpun kalau masuk keluar lagi? Entahlah.

Memang faham dengan keadaan ekonomi sekarang yang menghimpit. Tapi tak sewajarnya mencari penyelesaian dengan cara menyamun orang. Orang lain penat-penat mencari rezeki halal. Penyamun senang-senang ambil rezeki halal tu untuk dijadikan sebagai rezeki haram.

IbuNoey sebagai orang awam sangat berharap supaya perkara sebegini dapat dikurangkan. IbuNoey tahu kerajaan sekarang semakin giat melaksanakan langkah-langkah pencegahan memandangkan jabatan IbuNoey ada terlibat dalam pelaksanaan ini. Moga langkah-langkah pencegahan tu mampu membendung sedikit permasalahan samun ni. Sebagai orang awam, kita perlu berasa selamat di negara sendiri.

  • Share:

You Might Also Like

4 berkongsi idea

  1. salam, nauzubilahiminzaligh, buat peringatan, terima kasih.

    ReplyDelete
  2. dengar2 kejadian berlaku dekat Johor Bahru kawasan Taman daya/tebrau

    ReplyDelete
  3. manusia zaman sekarang ni memang tak ada hati perut. kat traffik light pun boleh menyamun lagi. setuju dengan akak supaya hukuman qisas dikenakan kepada mereka ni. perangai tah apa apa.

    ReplyDelete
  4. penyamun sekarang ni dah makin berani.

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.