Resepi Sambal Tomato Mak

By Permata Malap - 10:34 am

Hehe... entri resepi lak kali ni... biasalah, di bulan puasa ni, mcm2 jenis masakan ada dalam kepala ni. cuma antara rajin atau kurang rajin untuk membuatnya jer..

Resepi ni resepi daripada arwah mak IbuNoey. IbuNoey dah terjah atok Google. tapi resepi arwah mak IbuNoey ni memang berbeza daripada resepi2 yang atok Google bagitau. jadi, dgn suka hatinya IbuNoey nak kongsikan resepi ni. tapi maaflah, gambar tak upload sebab buat masa ni IbuNoey kurang rajin nak masak. nanti IbuNoey da rajin sikit, IbuNoey upload yer..

Ok, ini bahan-bahan yg diperlukan:-
  • Tomato (dipotong nipis secara mendatar)
  • Udang kering
  • Bawang merah
  • Cili api
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Gula

Now, cara nak membuatnya. Pertama, bawang merah ditumbuk halus. Kemudian, tumbuk udang kering bersama cili api. Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah sebentar. Kemudian, masukkan udang kering bersama cili api tadi. Tunggu sehingga naik bau udang kering tersebut. Setelah itu, masukkan tomato. Kecilkan api. Tunggu sehingga tomato agak lembik (mengikut citarasa anda). Seterusnya, masukkan garam, ajinomoto, dan gula mengikut selera masing-masing. Tutup api dan SIAP!!..

Senang tak? erm, buat sambal memang senang... oh ye, untuk tambahan, kalau nak sambal tu agak berkuah, bolehlah tambah air sikit sebelum masukkan perasa. dan kalau suka, bolehlah campur bawang merah tu dengan bawang putih. tapi IbuNoey prefer tak letak bawang putih sebab arwah mak memang tak letak bahan tu.. gula tu pulak, kegunaannya untuk mengurangkan rasa pedas. ye laa, kut cili api tu bubuh banyak sangat sampai naik melecur lidah, gula la penyelamatnya...

Sambal ni sedap kalau dimakan dengan ikan goreng. terutama ikan goreng ala Sabah. kalau nak makan dengan nasi panas je pun sodap tau.... so, selamat mencuba...    



p/s: nanti IbuNoey kongsi resepi sambal bawang asam pulak yer...


  • Share:

You Might Also Like

2 berkongsi idea

  1. Replies
    1. in shaa Allah, ujung minggu ni IbuNoey masak sambal tomato ni yer..pastu baru IbuNoey upload,khas untuk Azie..hehe..

      Delete

Pendapat anda amat dihargai.