KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ONLINE N29 2016

By Permata Malap - 2:30 pm

peperiksaan online n29, berjaya peperiksaan, panduan peperiksaan online
Seperti yang daku janjikan dalam entri SEBELUM ni, maka daku kongsikan keputusan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29 pada 05 Disember 2016 tempohari. Keputusan ni keluar pada 13 Disember 2016. Masa tengok keputusan ni, macam tak percaya pun ada. Sebab tak yakin lulus sebenarnya. Lagipun tak faham dengan maksud di sebalik BERJAYA tu. Yelah, selalunya keputusan peperiksaan ni sama ada LULUS atau GAGAL. Mungkin untuk mengindahkan sikit perkataan tu, tu yang letak BERJAYA. Kalau yang gagal, rasanya SPA letak TIDAK BERJAYA.

Dan kemudiannya, dalam minggu ni, daku dapat satu SMS daripada SPA untuk panggilan temuduga. Temuduga tu akan berjalan pada 27 Januari ni, pukul 8.00 pagi di SPA, Jalan Cenderasari. Erm, kalau dari rumah, perjalanan ambil masa 45 minit juga kalau dicampur dengan jammed. Jadi kena gerak awal sebelum pukul 6.45 pagi la. Biar sampai awal, jangan lambat.

Sebenarnya, nervous juga bila fikir pasal temuduga ni. Yelah, sekarang tengah sarat ni. Entah sempat entah tidak pergi temuduga ni. Harap semuanya berjalan lancar la ye. Dan moga daku sempat hadir temuduga ni. Doakan daku ye.




  • Share:

You Might Also Like

0 berkongsi idea

Pendapat anda amat dihargai.